
‘Groom’ kapten bas Panorama sempena TMM2024
BANDARAYA MELAKA 16 Januari – Seramai 32 pemandu Bas Panorama Melaka atau Kapten Bas mengikuti kursus ‘grooming’ agar tampil dengan imej lebih menarik dan kemas ketika bertugas sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd, Rohazam Bakar berkata kesemua Kapten Bas berkenaan dihantar mengikuti kursus secara berperingkat.
Rohazam berkata, mereka bukan sahaja dilatih sebagai pemandu bas profesional, sebaliknya tahu untuk melayani dan bersikap lebih mesra pelanggan.
“Selepas ini mereka akan memberikan lebih senyuman, cara melayan penumpang menggunakan perkhidmatan kami juga akan lebih mesra.
“Jika ada dalam kalangan penumpang yang mahu bertanya sesuatu mengenai Melaka mereka tahu dan boleh membantu,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Terminal Bas Melaka Sentral.
Beliau berkata, pihaknya ketika ini sedang menunggu kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menambah jumlah bilangan bas Panorama.
“Jika APAD meluluskan permohonan, maka laluan bas turut akan bertambah. Kita merancang akan meningkatkan laluan dari 17 kepada 18 dan pertambahan bas dari 24 kepada 51 buah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TABOH NANING TERUS MEMBANGUN, RM36 JUTA ATASI KESESAKAN
TANJUNG BIDARA 28 Oktober - Peruntukan RM36 juta bagi melebarkan jalan menuju ke Tol Simpang Ampat bakal menjadi antara usaha...
ZAHID PILIH TANJUNG BIDARA, IRINGI AB RAUF PADA HARI PENAMAAN CALON
TANJUNG BIDARA 28 Oktober β Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk mengiringi calon...
LENDU MENITI TRANSFORMASI, RM430 JUTA AKHIRI EPISOD BANJIR
TANJUNG BIDARA 28 Oktober - Peruntukan RM430 juta bagi pelaksanaan rancangan tebatan banjir baharu dari Masjid Tanah hingga Sungai Baru...
AYER LIMAU BAKAL JADI LUBUK REZEKI, 2,000 EKAR KAWASAN INDUSTRI DIBANGUNKAN
AYER LIMAU 28 Oktober - Pembangunan kawasan perindustrian baharu seluas 2,000 ekar di Lubok China bakal membuka peluang ekonomi lebih...
SAMBUNGAN JAJARAN WCE MAMPU PACU MASJID TANAH ANTARA KAWASAN TERMAJU DI MELAKA β ZAHID
TANJUNG BIDARA 27 Oktober β Cadangan menyambung jajaran Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Banting, Selangor ke Masjid Tanah dilihat...
104 AHLI PKR TANJUNG BIDARA SERTAI UMNO
TANJUNG BIDARA 27 Oktober β Seramai 104 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Tanjung Bidara mengambil keputusan menyertai UMNO, sekali...
