
Hanya 1.6 juta kemas kini maklumat dalam PADU setakat semalam
Menurut maklumat dikongsikan dalam Facebook rasmi PADU, sejak dilancarkan 2 Jan lepas, Selangor merekodkan jumlah tertinggi kemas kini maklumat PADU dengan 292,534 orang, diikuti Sarawak (201,399), Johor (164,235), Perak (133,369), dan Sabah (124,375).
PADU dalam hantaran berasingan turut memaklumkan bahawa penjawat awam diminta supaya mengemas kini maklumat dan data dalam sistem PADU selewat-lewatnya 15 Feb ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan PADU berkata sistem itu antara lain bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan bagi memudahkan pengumpulan, penyimpanan, dan pengurusan data dari pelbagai sumber.
Ia juga bertujuan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan ke arah lebih baik dan efisien kepada rakyat.
Orang ramai yang ingin membuat pengemaskinian PADU boleh ke pautan www.padu.gov.my. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU
TANJUNG BIDARA 21 September - Tradisi rewang kembali menghidupkan semangat gotong-royong apabila penduduk setempat berganding bahu menyediakan juadah untuk orang...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 21 September - "Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah," itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang...
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
MELAKA PERKUKUH HUBUNGAN, BELA KEBAJIKAN WARGA GERAK KHAS
SUNGAI UDANG 20 September - Kebajikan anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) dan keluarga mereka terus diperkukuh menerusi peruntukan khas RM80,000...
MELAKA SALUR RM250,000 NAIK TARAF KEM GERAK KHAS SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 20 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM250,000 bagi kerja pembangunan dan penambahbaikan kemudahan di Kem Sungai Udang...
