Hanya 200 polis Melaka dibenarkan cuti

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

AYER KEROH 25 April – Hanya 200 orang pegawai dan anggota polis kontinjen Melaka dibenarkan bercuti bagi menyambut perayaan Aidilfitri, pada tahun ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah berkata, jumlah itu dianggarkan 10 peratus daripada kira-kira 2,800 jumlah keseluruhan pegawai serta anggota di kontinjen itu.

Beliau berkata, bakinya akan bersiap sedia dalam melakukan penugasan dan menjalankan penguatkuasaan di lapangan bagi memastikan sambutan Aidilfitri berjalan lancar.

“Hanya kira-kira 200 orang pegawai dan anggota dibenarkan bercuti bagi menyambut hari raya ianya secara bergilir-gilir.

“Kebenaran bercuti ini diberikan mengikut apa yang ditetapkan dan arahan dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi PDRM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Inspirasi Qaseh Ramadan 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Bukit Beruang, petang ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berucap pada Program Inspirasi Qaseh Ramadhan 2022 di Dewan Serbaguna IPK, Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurut Zainol bagi menerima kepulangan anak rantau kedatangan pelancong luar pada cuti hari raya nanti pihaknya sudah merangka perancangan bagi mengelak sebarang kemungkinan.

“Kita telah merangka perancangan bagi merangka kemudahan untuk diberikan kepada rakyat yang akan balik beraya di Melaka dan juga yang akan keluar dari Melaka untuk beraya di kampung.

“Antaranya mengadakan kempen pencegahan jenayah dengan melakukan rondaan di kawasan tumpuan orang ramai serta (memantau) rumah yang ditinggalkan penghuni kerana balik ke kampung,” katanya.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penerima sempena Program Inspirasi Qaseh Ramadhan 2022 di Dewan Serbaguna IPK, Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Dalam pada itu, mengenai program berkenaan, beliau berkata, Program Inspirasi Qaseh Ramadan 2022 itu diadakan dengan kerjasama beberapa agensi termasuk bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Jabatan Agama Islam (JAIM) dengan menyantuni seramai 300 orang penerima.

“Penerima ini terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah daripada kategori anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan. Selain goodies mereka turut menerima sumbangan duit raya.

“Daripada jumlah itu juga, 72 penerima terdiri daripada anak-anak warga PDRM dan 28 lagi adalah anak-anak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1410
Kongsi :
Previous post YADIM desak SKMM bertindak tegas isu video usahawan promosi LGBT
Next post Op Hari Raya: Cuti pegawai, anggota penguat kuasa JPJ dibeku
Ubah saiz-+=