
Harga minyak masak botol 5kg tidak lebih RM30
PUTRAJAYA 28 Jun – Kerajaan memperkenalkan program Harga Kawalan berasaskan nilai ambang ‘Crude Palm Oil’ bagi menangani isu kenaikan harga minyak masak botol satu hingga lima kilogram (kg) tidak bersubsidi.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi program itu, harga minyak masak botol 5kg dapat dikawal supaya tidak melebihi paras RM30 sebotol.
Selain itu, katanya, kerajaan juga akan membelanjakan RM1 bilion bagi memastikan bekalan minyak masak polibeg sekilogram pada harga subsidi RM2.50 terjamin.
“Dalam memastikan bekalan minyak masak pek polibeg sekilogram terjamin, kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion ringgit bagi membolehkan rakyat masih dapat membeli minyak masak pek polibeg sekilogram pada harga subsidi RM2.50.
“Kerajaan komited untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup. Kita akan meneruskan dasar pengawalan harga barang perlu,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut memberi jaminan harga runcit bagi petrol RON95, diesel dan LPG akan terus dikekalkan meskipun harga komoditinya di peringkat global semakin meningkat.
Menurutnya, bagi tujuan itu, kerajaan akan menampung subsidi melebihi RM6 bilion sepanjang tahun ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA SASAR PROSES ‘TAGGING’ LIBATKAN 32,000 TERNAKAN HINGGA HUJUNG TAHUN INI
TABOH NANING 1 September - Pemilik ternakan seluruh Melaka diminta supaya menyegerakan proses pendaftaran digital haiwan menerusi pemasangan 'tagging' dilengkapi...
MELAKA MEMANG LAIN MACAM, RAKYAT TERKEJUT KETUA MENTERI SENDIRI HANTAR MAKANAN
TANJUNG BIDARA 1 September - Tidak pernah terlintas di fikiran Muhamad Redza Sidek, 32, bahawa pesanan makanan yang dibuat menerusi...
‘KAMI RASA DIHARGAI, TOK RAUF SENDIRI RASAI SUSAH PAYAH KAMI’
TANJUNG BIDARA 1 September - 'Kami rasa dihargai'. Itu luahan penghantar p-hailing selepas Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
10 MOTOSIKAL MENANTI ‘ABANG RIDER’ DI KARNIVAL ANAK MUDA
LENDU 1 September - Sebanyak 10 motosikal bakal menjadi antara hadiah istimewa yang ditawarkan sempena pertemuan khas penghantar p-hailing pada...
MELAKA UMUM ‘HADIAH’ UNTUK ABANG RIDER
TANJUNG BIDARA 1 September - Lebih 3,000 penghantar p-hailing di Melaka bakal menerima manfaat subsidi penyelenggaraan motosikal menerusi inisiatif Kerajaan...
TOK RAUF JADI ‘ABANG RIDER’, SELAMI JERIH PERIH CARI REZEKI
TANJUNG BIDARA 1 September - Setiap kali enjin motosikal dihidupkan dan pesanan diterima, seorang 'Abang Rider' bukan sekadar menghantar makanan...

