RM100 juta kepada penggiat seni dan karyawan

Masa Membaca:48 Saat

PUTRAJAYA 28 Jun – Kerajaan memperuntukkan RM100 juta menerusi kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan kepada lebih 8,000 penggiat seni tempatan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mendengar keluhan penggiat seni dan karyawan tanah air yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan golongan itu terlibat dalam sebarang aktiviti seni dan persembahan.

Berikutan itu, kerajaan menyalurkan bantuan sebanyak RM100 juta sebagai usaha untuk menyokong industri berkenaan.

“Bagi membantu lebih 8,000 penggiat seni dan terus menyokong industri seni dan kreatif tempatan, kerajaan akan memperuntukkan bantuan itu dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan.

“Peruntukan ini antaranya meliputi insentif penghasilan karya dan kandungan digital, peluang kerjaya dan program peningkatan kemahiran.

“Insentif itu turut melibatkan caruman perlindungan di bawah PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) serta perolehan produk bagi tujuan produksi di televisyen, radio dan penciptaan lagu,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

327
Kongsi :
Previous post Harga minyak masak botol 5kg tidak lebih RM30
Next post ‘Saya reda… isteri dah lama tanggung kesakitan’
Ubah saiz-+=