Hidangan berkonsep masakan air tangan ibu di Restoran Rasa-Rasa Casa

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

KOTA LAKSAMANA 13 April- Berkonsepkan masakan air tangan ibu di kampung, Restoran Rasa-Rasa Casa membawakan lebih 100 hidangan makan malam dengan menu utamanya Nasi Kandar ‘Masakan Khas Ibu Sharifah’.

Ketua Cef Hotel Casa Del Rio, Yusgausran Yahaya berkata konsep dan tema itu dipilih pada tahun ini untuk meraikan semangat kebersamaan dan kesyukuran pada tahun ini selain bersempena Ramadan yang jatuh pada bulan April.

CEF Yusgausran

Katanya, konsepnya itu juga secara tidak langsung mengimbas kembali nostalgia berbuka puasa di kampung dengan hidangan bufet bertemakan Aneka Selera Desa.

“Tahun ini kita berkolaborasi dengan Ibu Sharifah atau nama sebenarnya Sharifah Hanum Md Haron,59, di mana kita sediakan menu asli Nasi Kandar Pulau Pinang yang dibawa ke Melaka.

“Kalau di Pulau Pinang, air tangan Ibu Sharifah ini tidak asing lagi. Nasi kandar dengan lauk ayam varuval, daging masak hitam pedas atau masak kandaq ini pasti membuatkan pengunjung tambah nasi lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

ANTARA lauk disediakan

Tambahnya, buat pengunjung yang menikmati hidangan bufet jangan lupa untuk menjamah ‘signature dish’ restoran tersebut seperti kambing panggang, kupang masak cili, udang goreng nestum, ayam bakar dan pelbagai lagi pilihan.

HIDANGAN menyelerakan menunggu pelanggan
HIDANGAN menyelerakan menunggu pelanggan

Menurutnya, antara pencuci mulut yang disediakan pula adalah pulut mangga, bubur pengat pisang, kek onde-onde dan pelbagai jenis kuih nyonya.

Harga untuk bufet makan malam di Restoran Rasa-Rasa Casa adalah RM54 untuk kanak-kanak enam hingga 11 tahun, RM78 (warga emas 60 tahun keatas), RM 108 (dewasa) dan untuk pembelian lima orang keatas akan diberi percuma satu tempat duduk.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1223
Kongsi :
Previous post Nelayan pun guna teknologi sekarang
Next post Melaka ‘laris’ di MATTA Fair
Ubah saiz-+=