Hidupkan program keagamaan pupuk ukhwah – KM

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

DUYONG 9 Oktober – Kerajaan Negeri menyeru program keagamaan dihidupkan bagi memupuk ukhuwah sekali gus membuka mata masyarakat bukan Islam di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata perpaduan umat Islam merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian kerana Islam menekankan persefahaman dan perpaduan.

“Ukhuwah Islamiah yang kukuh dapat menjadi benteng bagi menepis agenda negatif musuh-musuh Islam.

“Umat Islam juga dilarang hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa apabila maksiat berlaku atas alasan memelihara perpaduan.

“Ini kerana menegakkan kebenaran dan membasmi maksiat dan keburukan merupakan tugas yang wajib bagi umat Islam,” katanya.

 

IMG_20221009_103238_218
MELAKA 09 OKTOBER 2022. Jabatan Ketua Menteri Melaka mengambil bahagian dalam perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 1444H / 2022M ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2022, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam.

Turut hadir isteri Ketua Menteri Datin Seri Utama Munirah M.Yusop; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; barisan Exco Kerajaan Negeri dan lain-lain kenamaan.

IMG_20221009_103125_402
MELAKA 09 OKTOBER 2022. Perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 1444H / 2022M ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ yang bermula di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit menghala ke Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. Foto: MR. AZLI

Selesai perasmian Tun Mohd Ali, Sulaiman dan kenamaan bersama lebih 5,000 peserta melibatkan 118 kontinjen menyertai perarakan Maulidur Rasul.

Perarakan sambil berselawat itu dimulakan di Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit melalui Jalan Taman Bandaraya, Jalan Bukit Piatu, Jalan Bukit Baru dan tiba di Dataran Pusat Islam Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1445
Kongsi :
Previous post Lebih 5,000 sertai perarakan Maulidur Rasul Melaka
Next post Jasin ‘kilang’ bakat sukan Melaka
Ubah saiz-+=