Lebih 5,000 sertai perarakan Maulidur Rasul Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

DUYONG 9 Oktober – Lebih 5,000 peserta melibatkan 118 kontinjen menyertai Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2022, hari ini.

Sambutan itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam serta Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang turut menyertai perarakan tersebut.

IMG_20221009_101759_874
MELAKA 09 OKTOBER 2022. Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam (tengah) bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berarak pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 1444H / 2022M ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, Melaka. Foto: MR. AZLI

Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar perasmian yang diketuai Tun Mohd Ali sebelum memulakan perarakan keluar padang oleh semua kontinjen dengan alunan selawat.

Perarakan tersebut bermula di Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit melalui Jalan Taman Bandaraya, Jalan Bukit Piatu, Jalan Bukit Baru dan tiba di Dataran Pusat Islam Melaka.

Turut hadir menyertai perarakan isteri Ketua Menteri Datin Seri Utama Munirah M.Yusop; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Zaidi Attan serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3509
Kongsi :
Previous post Sudah lima tahun kongsi burger bersama pelanggan
Next post Hidupkan program keagamaan pupuk ukhwah – KM
Ubah saiz-+=