
HOSPITAL MELAKA NAFI SEDIA PERKHIDMATAN ‘CAREGIVER NURSE MAID’
PENGKALAN BATU 22 Oktober – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka menafikan Hospital Melaka ada menyediakan perkhidmatan ‘Caregiver Nurse Maid’.
Ia susulan kewujudan sebuah laman sosial menggunakan nama ‘Hospital Melaka @ Menyediakan Perkhidmatan Caregiver Nurse Maid’ di aplikasi Facebook.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Melaka Dr. Ruzita Mustaffa, laman Facebook tersebut sama sekali tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Hospital Melaka, JKN Melaka atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tegas beliau, penggunaan nama dan identiti Hospital Melaka tanpa izin boleh menimbulkan kekeliruan serta menjejaskan imej perkhidmatan kesihatan awam.
“JKN Melaka menegaskan bahawa semua maklumat rasmi dan pengumuman hanya disalurkan melalui saluran komunikasi rasmi hospital.
“Orang awam diingatkan supaya berwaspada serta tidak berurusan dengan mana-mana akaun media sosial yang menggunakan nama Hospital Melaka tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Dr. Ruzita berkata, sebarang keraguan atau pertanyaan boleh disemak terus dengan pihak Hospital Melaka bagi memastikan kesahihan maklumat yang diterima.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CADANG SATU RUMAH, SATU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
AYER KEROH 26 September - Satu rumah, satu Perlembagaan Persekutuan dan negeri perlu dijadikan amalan setiap keluarga bagi meningkatkan kefahaman...
SENTUHAN KASIH KETUA MENTERI NYALAKAN SEMANGAT CALON SPM MELAKA
PENGKALAN BATU 26 September - Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri menjadi pencetus semangat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk...
MATA PELAJARAN SEJARAH PERLU SENTIASA DIKAJI, DIKEMAS KINI
AYER KEROH 26 September - Mata pelajaran Sejarah perlu sentiasa dikaji dan dikemas kini selaras perubahan sosio-budaya semasa bagi memastikan...
AKAR TANAH MELAYU JANGAN DIHAPUS DEMI KEPENTINGAN POLITIK – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 26 September - Asas dan akar umbi berkaitan Tanah Melayu tidak seharusnya dihapuskan demi kepentingan politik mana-mana pihak,...
USAHA BASMI AEDES PERLU LIBAT SELURUH KOMUNITI
JASIN 26 September - Usaha membasmi tempat pembiakan Aedes perlu dilaksana secara berterusan menerusi penglibatan seluruh komuniti, sekali gus memutus...
HANYA RM35, JOM MANDI-MANDA DI MELAKA WONDERLAND
AYER KEROH 26 September - Hanya RM35 seorang, orang ramai kini berpeluang menikmati pengalaman mandi-manda di taman tema air Melaka...
