
Hujan berterusan diramal di Kelantan, Terengganu mulai Jumaat
KUALA LUMPUR, 4 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu yang dijangka bermula Jumaat ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran yang berkuat kuasa hingga Sabtu itu melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.
Di Terengganu pula, kawasan yang terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.
Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut memaklumkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan sebelum ini bagi beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak kini ditamatkan.
Di Sarawak, amaran tersebut ditamatkan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah termasuk kawasan Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat.
Di Sabah pula melibatkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
79 CALON BERTANDING PRN MELAKA KE-16 – SPR
AYER KEROH 31 Oktober - Seramai 79 calon mewakili pelbagai parti politik termasuk calon Bebas disahkan layak bertanding pada Pilihan...
PRN MELAKA: MCA TANDING EMPAT KERUSI BUKTI KESEPAKATAN BN – AHMAD ZAHID
TANJUNG BIDARA 31 Oktober – Kepercayaan kepada MCA bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri...
PRN MELAKA: GEN Z HINGGA BOOMERS SATU PENTAS REBUT MANDAT RAKYAT
AYER KEROH 31 Oktober - Perbezaan usia 42 tahun memisahkan calon termuda dan tertua yang bakal bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA : ‘ALONG’ TIDAK PANDANG MUDAH SAINGAN DI ASAHAN
ASAHAN 31 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan tidak akan mengambil mudah cabaran pada...
PRN MELAKA: TOK AJAK BERDEPAN SAINGAN TIGA PENJURU DI DUN TELOK MAS
TELOK MAS 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...
PRN MELAKA: DENESH CABAR FAIRUL NIZAM DI ASAHAN
ASAHAN 31 Oktober - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan menyaksikan persaingan dua...
