Pemandu lori lawan arus direman empat hari
JOHOR BAHRU, 4 Jan – Pemandu lori yang dipercayai memandu melawan arus dan berada di bawah pengaruh alkohol di Kilometer 5.5 Lebuh Raya Linkedua, petang semalam, direman selama empat hari mulai hari ini hingga Sabtu.
Perintah reman terhadap lelaki berumur 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilaporkan berkata lelaki berkenaan ditahan petang semalam selepas menerima laporan mengenai sebuah lori yang dipandu melawan arus di Linkedua, Iskandar Puteri, sehingga menyebabkan kemalangan ke atas dua kereta yang datang dari arah bertentangan.
Menurut siasatan awal, kejadian pada 4.30 petang itu dipercayai berlaku apabila pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas tetapi telah terlepas susur ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Beliau berkata pemandu lori berkenaan kemudiannya memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur Pelabuhan Tanjung Pelepas dan bertembung dengan dua kereta jenis Mercedes Benz dan Nissan Almera, yang berada di laluan itu sehingga menyebabkan seorang daripada pemandu kereta berkenaan cedera.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ATLET TAEKWANDO TERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA UTEM
DURIAN TUNGGAL 9 November - Leftenan Muda KOR SISPA (Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam), Fakhirah Hazirah Shahrulazhar, menerima Anugerah Pelajaran...
MELAKA BANTU PRODUK USAHAWAN TEMBUSI PASAR RAYA, STESEN MINYAK
BANDARAYA MELAKA 9 November - Penganjuran Festival Melaka 2024 selama empat hari bermula 7 November lalu terbukti menjadi antara inisiatif...
ORANG KAMPUNG ASAHAN KONGSI ILMU, GAYA HIDUP
ASAHAN 9 November - Penduduk kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan berkongsi ilmu dan gaya hidup masyarakat kampung bersama pihak...
MELAKA-YOGYAKARTA JALIN KERJASAMA PENDIDIKAN, KEAGAMAAN
AYER KEROH 9 November - Jalinan kerjasama dalam pembangunan pendidikan dan keagamaan menjadi antara misi Kerajaan Melaka dalam lawatan kerja...
BANK PEMBANGUNAN KONGSI KEMERIAHAN DEEPAVALI
AYER KEROH 9 November - Atas semangat mahu berkongsi kegembiraan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) turun padang bagi menyantuni dan...
PUTRA SPECIALIST HOSPITAL TAWAR PAKEJ MENARIK SEMPENA WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 9 November - Putra Specialist Hospital (PSH) bakal menawarkan pakej menarik bagi sektor pelancongan kesihatan sempena World Tourism...