Hujan renyai tidak halang orang ramai, calon Kota Melaka mengundi

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KOTA MELAKA 19 November – Hujan renyai tidak menghalang orang ramai untuk keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Seawal jam 7.30 pagi, pengundi bagi Parlimen Kota Melaka yang membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Malim, sudah beratur panjang bagi melaksanakan tanggungjawab itu.

Walaupun terpaksa beratur panjang dan sambil berpayung, pengundi kelihatan sabar menunggu giliran untuk sebelum ke saluran yang ditetapkan.

WhatsApp Image 2022-11-19 at 9.32.18 AM (1)
Cuaca hujan renyai tidak menghalang orang ramai untuk keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati, terdapat juga pengundi yang diiringi petugas kesihatan untuk ke saluran mengundi bagi proses pembuangan undi.

Calon Barisan Nasional (BN) Kon Qi Yao yang turut mengundi di sini, hadir dengan ditemani isteri sebelum selesai membuang undi pada jam 8.55 pagi.

Parlimen Kota Melaka menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Pakatan Harapan (PH) Khoo Poay Tiong, Qi Yao, Datuk Dr Norazlan (Bebas) dan Perikatan Nasional (PN) Suhaime Borhan.

Pada PRU 14, Khoo Poay Tiong menang dengan majoriti 49, 175 menewaskan calon BN Eric Choo Wei Sern.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2221
Kongsi :
Previous post Mohd Ridhwan selesai mengundi
Next post PRU15: Pengundian DUN Tioman tangguh
Ubah saiz-+=