
Hujan sangat lebat berterusan diramal di Kelatan, Terengganu, sehingga Selasa
KUALA LUMPUR, 18 Dis – Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan bermula hari ini hingga Selasa.
Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) 6.30 pagi ini, amaran cuaca tahap bahaya itu membabitkan Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Sementara itu, hujan lebat berterusan peringkat buruk juga dijangka berlaku di Kedah melibatkan Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Hulu Perak); Kelantan (Gua Musang); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dalam tempoh sama.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan keseluruhan Perlis dan Pulau Pinang, manakala di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
Amaran sama juga dikeluarkan bagi Perak (Kerian, Kuala Kangsar serta Larut, Matang dan Selama) selain Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: LEBIH 60 PERATUS ADUAN RAKYAT TANGGA BATU SELESAI
PAYA RUMPUT 9 Ogos – Sebanyak lebih 60 peratus atau bersamaan 343 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat...
‘RUNDING SECARA BIJAKSANA, BUKAN MELALUI MEDIA SOSIAL’
PAYA RUMPUT 8 Ogos – Semua parti politik yang mahu bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disaran berunding secara...
PAPAZOLA ‘HALAL DI HATIKU’ GAMATKAN MIHF’26
Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad AYER KEROH 8 Ogos – Lebih 50 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun mengambil bahagian dalam...
MIHF’26 BUKA LALUAN USAHAWAN TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 8 Ogos - Melaka International Halal Festival 2026 (MIHF'26) menjadi platform strategik kepada usahawan tempatan dan antarabangsa untuk...
‘BERMODALKAN’ KEMAHIRAN, ANAS BINA EMPAYAR PENYAMAN UDARA
PAYA RUMPUT 8 Ogos - Bermodalkan kemahiran teknikal dan keberanian mencuba, Muhammad Hanaffi Saleh, 35, atau mesra dengan panggilan Anas...
MANFAAT RAKYAT JADI ‘SCORECARD’ SEBENAR MELAKA
AYER KEROH 8 Ogos - Kejayaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan agenda pembangunan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian di atas kertas...
