
Anak Melaka 18 tahun juara snuker kebangsaan
MELAKA 19 Disember – Jeremy Chai berjaya mengharumkan nama Negeri Melaka selepas muncul johan Kejohanan Snuker Kebangsaan Bawah 21 Tahun di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Atlet berusia 18 tahun menewaskan wakil tuan rumah Cheah Tian Wei dengan keputusan 4-3 pada perlawanan akhir, semalam.
Dalam aksi di Pusat Snuker Corner Pocket itu, Jeremy bagaimanapun terpaksa bermandi peluh apabila terikat 3-3 selepas melalui enam perlawanan.
Namun, pada perlawanan penentuan Best Of 7 Jeremy nyata lebih unggul mengetepikan Cheah, sekali gus dinobat johan untuk membawa pulang RM2,000 dan piala kemenangan.

Lebih manis, anak jati Kampung Lapan itu turut memenangi Piala Point Break dengan jumlah 72 mata.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
UNDI AWAL KAYU PENGUKUR MOMENTUM SOKONGAN PRN MELAKA – AB RAUF
MACHAP JAYA 9 November - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan sebagai kayu pengukur kepada momentum...
PRN MELAKA: MCA TIDAK AKAN TINGGALKAN MASYARAKAT CINA
BANDA HILIR 9 November - MCA tidak akan mengundur diri daripada memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Melaka meskipun terpaksa bertanding...
MACHAP JAYA YAKIN MAMPU SUMBANG KEMENANGAN BESAR BUAT BN
MACHAP JAYA 9 November - Barisan Nasional (BN) yakin mampu menyumbang kemenangan besar di N.08 Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
PRN MELAKA: CALON PN AYER KEROH UBAH STRATEGI DEKATI ‘GEN Z’
BUKIT KATIL 9 November - Pendekatan kempen secara konvensional dilihat semakin mencabar untuk mendekati pengundi muda khususnya Generasi Z (Gen...
PRN MELAKA: NORAZRIL PERHEBAT KEMPEN FIZIKAL, DIGITAL MINGGU TERAKHIR
REMBIA 9 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Ahmad Norazril Abd Aziz...
