
Paras air di beberapa sungai di Terengganu meningkat
KUALA TERENGGANU, 18 Dis – Penduduk di beberapa kawasan di Terengganu diminta bersiap siaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa bagi menghadapi kemungkinan banjir.
Ia susulan kenaikan paras air sungai di beberapa kawasan di daerah Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu dalam laman media sosialnya memaklumkan stesen yang telah mengalami kenaikan air aras bahaya pada 8 pagi ini termasuk Sungai (Sg) Telemong di Kampung (Kg) Sungai Ping dan Sg Berang di Kg Menerong di daerah Hulu Terengganu.
Di daerah Setiu, sungai yang melepasi aras bahaya ialah Sg Nerus di Kg Langkap; Sungai Chalok di Jambatan Chalok dan Sg Setiu di Jambatan Permaisuri manakala di Besut stesen terlibat ialah Sg Besut di Kg Keruak dan Sungai Besut di Kg La.
Sg Tumpat di Kg Baru, Kemasek di Kemaman dan Sungai Peneh di Felda Mengkawang pula berada pada aras amaran manakala Sg Nerus di Kg Bukit di Setiu berada pada aras waspada. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA PEGAWAI KANAN PENTADBIRAN MELAKA GENGGAM DTM DI KONVOKESYEN UTEM
DURIAN TUNGGAL 31 Oktober - Dua pegawai kanan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka melakar pencapaian tersendiri apabila masing-masing dianugerahkan Ijazah Doktor...
RM79.12 JUTA UNTUK 44 PROJEK PEMBANGUNAN DESA DI MELAKA – AHMAD ZAHID
AYER LIMAU 31 Oktober – Sebanyak RM79.12 juta diperuntukkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi melaksanakan 44 projek pembangunan...
PRA-TAHFIZ KEMAS PERKUKUH HAFAZAN AL-QURAN SEJAK USIA DINI – AHMAD ZAHID
AYER LIMAU 31 Oktober – Pelaksanaan Program Pra-Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka ruang kepada lebih 125,000 kanak-kanak yang mengikuti...
PRN MELAKA: ABDUL HAKIM UTAMAKAN KEBAJIKAN RAKYAT LENDU
LENDU 31 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N04 Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid...
PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN EMPAT PENJURU DI ENAM DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Sebanyak enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan persaingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum...
LEBIH 30,000 KANAK-KANAK DI MELAKA TERIMA MANFAAT PENDIDIKAN AWAL KEMAS
AYER LIMAU 31 Oktober – Lebih 30,000 kanak-kanak di Melaka menerima manfaat pendidikan awal menerusi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam...
