
Tanah runtuh: Operasi SAR sembilan mangsa diteruskan
BATANG KALI, 18 Dis – Usaha mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang belum ditemukan dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, diteruskan hari ini.
Operasi disambung 9 pagi selepas ditamatkan pada 4 pagi tadi, melibatkan sejumlah anggota penyelamat daripada pelbagai agensi selain menggunakan khidmat anjing pengesan serta jentera berat untuk mencari mangsa tertimbus.
Kawasan pencarian pula dipercayai masih ditumpukan di ketiga-tiga sektor iaitu sektor A (kem Hillview), sektor B (kem Farmview) dan sektor C (berhampiran kem Riverside).
Keadaan cuaca hari ini cerah dengan pengamal media dari pelbagai agensi turut mula berkampung sejak 7 pagi di lokasi kejadian.
Setakat petang semalam, seramai 24 mangsa telah disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terlibat dalam tragedi itu, 61 orang selamat dan sembilan masih hilang.
Dalam kejadian sekitar 2.42 pagi Jumaat, runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter telah menimpa tapak perkhemahan itu, di Jalan Genting-Batang Kali di sini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BINA 13 MASJID BAHARU DALAM TEMPOH TIGA TAHUN – KM
TELOK MAS 18 Jun - Sebanyak 13 masjid baharu telah dibangunkan Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun sebagai bukti komitmen...
KETUA MENTERI TURUN PADANG SANTUNI RAKYAT TELOK MAS
TELOK MAS 18 Jun - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meneruskan pendekatan mendekati rakyat apabila meluangkan masa...
PETUGAS PEMBERSIHAN PERKUKUH DAYA TARIKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Jun - Peranan yang dimainkan oleh pekerja pembersihan amat besar terutamanya dalam mengekalkan imej Melaka sebagai destinasi...
WARGA SMK TELOK MAS TERUJA SAMBUT KETUA MENTERI
TELOK MAS 18 Jun - Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas bertukar gamat apabila pelajar memberikan tepukan gemuruh...
KHPM EDISI MELAKA SASAR 50,000 PENGUNJUNG – KUSKOP
PUTRAJAYA 17 Jun - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung ke Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia...
PERUNTUKAN RM300,000 E-MIKRO PERKASA KOPERASI MELAKA
AYER KEROH 18 Jun - Kerajaan Negeri terus memperkukuh peranan koperasi sebagai pemangkin ekonomi rakyat menerusi peruntukan RM300,000 bagi Program...
