
ICAF 2024: TIGA LALUAN DITUTUP
AYER KEROH 22 Oktober – Tiga laluan akan ditutup bersempena penganjuran Malam Gala Asean Festival Of Arts 2024 dan International Cultural & Arts Festival @ Sungai Melaka (ICAF) 2024 dijadualkan berlangsung di Dataran Pengkalan Rama.
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, laluan terlibat iaitu Jambatan Hang Jebat, Jalan Tun Mutahir dan persimpangan Maybank iaitu dari Jalan Hang Tuah ke Lampu Isyarat Tun Ali akan ditutup dari jam 4 petang hingga 12 tengah pada Khamis dan Sabtu.
Berikutan itu beliau, menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan atau menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan.
“Pengunjung juga boleh meletakkan kenderaan di kawasan parkir di Medan Selera Jalan Tun Ali atau lokasi lain yang berhampiran.
“Selain itu pengunjung juga perlu tahun lokasi penganjuran kerana ini akan memudahkan perjalanan mereka atau mencari lokasi sesuai untuk meletakkan kenderaan,” katanya.
Menurutnya, bagi membantu melancarkan perjalanan dan menjamin keselamatan orang awam MBMB turut menempatkan 30 pegawai penguatkuasa di beberapa lokasi strategik.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...

