Ikhlas berbakti kunci kejayaan raih APC ketiga

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 4 Mac – “Setiap hari saya tanamkan niat untuk sentiasa ikhlas berbakti kepada syarikat sebelum melangkah kaki keluar bekerja,” kata Hairani Abd Hamid, 42.

Hairani menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kali ketiga setelah 20 tahun berkhidmat sebagai juruteknik di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Anugerah berkenaan disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Perhimpunan & Apresiasi SAMB di Wisma SAMB, semalam.

Menurut Hairani, anugerah yang diraih itu menjadi pendorong kepadanya untuk terus menyumbang khidmat terbaik demi kemajuan SAMB.

“Ini adalah kali ketiga saya menerima APC, saya bermula dengan niat keluar rumah untuk bebakti kepada Negeri Melaka dan kerjaya saya.

“Pada awalnya, saya bekerja sebagai juruteknik bahagian operasi SAMB di Alor Gajah, alhamdulillah sekarang jawatan masih sama cuma bertukar ke Wisma SAMB Jabatan Perancangan dan Pembangunan Aset Air,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Majlis itu turut dihadiri, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Abdul Aziz Engan; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Wira Ab Wahab Ab Latip dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Ir. Norisham Abd Talib.

Hairani turut berterima kasih kepada pihak pengurusan SAMB kerana menilai menghargai perkhidmatannya untuk menerima APC berkenaan.

“Syukur diberikan lagi anugerah ini, terima kasih kepada pengurusan yang menilai saya, anugerah ini memberi saya lebih semangat untuk meneruskan segala usaha saya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

526
Kongsi :
Previous post Hargai pembinaan baharu IPD Melaka Tengah
Next post Kedai runcit sorok 1 tan barang bersubsidi kena serbu
Ubah saiz-+=