ILI di Melaka terkawal

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

MERLIMAU 9 Ogos – Kes penyakit seperti influenza (ILI) di Melaka merekodkan penurunan apabila tiada wabak dikesan pada minggu epid (ME) ke-29.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri,Dr Muhamad Akmal Saleh berkata walaupun wabak itu masih dikesan namun ianya terkawal dan ia membabitkan kes terpencil.

Beliau berkata, semua kes kemasukan ke hospital hanyalah untuk kanak-kanak dan ianya kurang daripada lima peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit kanak-kanak iaitu lebih ,1,000 orang.

“Di Melaka tiada wabak ILI dikenal pasti pada ME ke-29, yang adalah hanyalah pada ME 26 hingga 28. Maksudnya tiada kes berskala besar kalau ada mungkin terpencil satu atau dua kes sahaja selain tidak membabitkan sekolah mahupun tadika,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Akademi Bola Sepak Real Merlimau, di Dataran Orang Kampung. semalam.

Dr Muhamad Akmal berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) yakin dapat terus mengawal penyakit ini daripada terus meningkat selain dibantu dengan gerakan kempen yang dijalankan .

“Kita harap penurunan berterusan dan In sya Allah dapat menjamin kesihatan rakyat selain JKNM yakin dapat mengawal influenza ini.

“Rentetan daripada kempen dilakukan juga ibu bapa yang mana anak demam atau selsema tidak hantar ke sekolah mahupun tadika dan ini berjaya mengekang ILI daripada tersebar luas,” katanya.

Sementara itu,Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau berkata, kes COVID-19 menunjukkan peningkatan namun hanya membabitkan kes kategori 1 dan 2 sahaja.

“Walaupun dari segi covid ada sedikit peningkatan tetapi itu hanyalah membabitkan kes kategori 1 serta 2, semua itidak masuk hospital sebaliknya hanya menjalani kuarantin di rumah dan sudah sembuh,” katanya.

Views:

1014
Kongsi :
Previous post Pemandu teksi patriotik
Next post Jom kibar Jalur Gemilang
Ubah saiz-+=