
Jom kibar Jalur Gemilang
KLEBANG 10 Ogos – Sempena bulan kemerdekaan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang menganjurkan Program Kibarkan Jalur Gemilang menerusi kempen Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia DUN Klebang sepanjang Ogos.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Lim Ban Hong berkata, program tersebut adalah anjuran Jabatan Penerangan negeri.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, terdahulu program tersebut dilancarkan di Taman Pulau Gadong Jaya dan seterusnya di Batang Tiga.
“Program kibarkan Jalur Gemilang bersama Merdeka @Komuniti Keluarga Malaysia DUN Klebang di Batang Tiga, Klebang merupakan program kedua selepas pelancaran program Merdeka @Komuniti Keluarga Malaysia di Taman Pulau Gadong Jaya.
“Menerusi program ini kita pasang Jalur Gemilang pada kenderaan selain mengagihkannya kepada orang ramai,” katanya menerusi laman Facebook rasminya pada 7 Ogos lalu.
Mengulas lanjut Ban Hong berkata sepanjang bulan kemerdekaan ini juga pelbagai aktiviti dirangka untuk memupuk kesedaran menerusi Merdeka @ Komuniti Keluarga Malaysia DUN Klebang.
Views:
Related


Berita Lain
PPKI MELAKA TERIMA SUMBANGAN PERALATAN BAKERI BERNILAI RM40,000
DUYONG 19 Mei - Yayasan Mualaf Malaysia (YMM) menyumbangkan peralatan bakeri dan pastri bernilai hampir RM40,000 bagi program lanjutan kemahiran...
TVET TAHFIZ: DUNIA DAPAT, AKHIRAT TAK RUGI
TABOH NANING 19 Mei - Gabungan ilmu al-Quran dan kemahiran menerusi Program TVET Tahfiz melahirkan individu Muslim yang memiliki pengetahuan...
ROCK MELON SATUKAN KOMUNITI MELAKA PINDAH
MACHAP JAYA 19 Mei – Bermula daripada tanah lapang yang sekian lama terbiar, sekumpulan penduduk di Kampung Tersusun Melaka Pindah...
MAIM SASAR 4,000 PEK PROJEK SUNDUK KORBAN TAHUN INI
AYER KEROH 19 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Projek Sunduk Korban yang digerakkan bersama Gabungan Dakwah Melaka...
PESARA POLIS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DI RUMAH
BUKIT KATIL 19 Mei - Seorang pesara polis ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Katil di sini...
DGR MELAKA 2026: MENARA TAMING SARI LOKASI IKONIK PERMOTORAN
BANDA HILIR 19 Mei - Menara Taming Sari terus mencuri tumpuan sebagai lokasi sesuai penganjuran The Distinguished Gentleman’s Ride (DGR)...
