Sorting by

×

Indahkan landskap destinasi tumpuan pelancong – KM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 10 Mac – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta mewujudkan lebih banyak taman bunga (nursery) khususnya kawasan tumpuan pelancong dalam usaha mengindahkan lagi Negeri Melaka menjelang Tahun Melaka Melaka (TMM) 2024.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, inisiatif itu akan menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang lebih indah selain menarik kedatangan lebih ramai pelancong.

“Sudah sampai masanya kita kembali kepada Negeri Melaka yang indah seperti dahulu.

“Jadi saya mohon semua PBT di negeri ini dengan berbaki sembilan bulan lagi menyambut TMM 2024, wujudkan ‘nursery’ di kawasan tumpuan pelancong, tanam bunga berwarna-warni sepanjang jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri,0 Datuk Abdul Razak Abdul Rahman barisan Exco Kerajaan Negeri dan Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Sulaiman berkata usaha itu diyakini dapat membantu sasaran Kerajaan Negeri untuk menarik 18.7 juta pelawat ke Melaka pada 2024 nanti.

“Jadi sudah tiba masanya kita perhebatkan nursery seluruh PBT dalam Negeri Melaka, kita tanam bunga dan perhebatkan supaya TMM 2024 nanti sasaran kita 18.7 juta dapat dicapai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1077
Kongsi :
Previous post Syaaban meraih keampunan sebagai persediaan Ramadan
Next post Sokong usaha naik taraf MBMB jadi dewan bandaraya
Ubah saiz-+=