Sorting by

×

INSIDEN SALAH LAKU PELAJAR ‘WAKE UP CALL’ UNTUK SEMUA – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

ALOR GAJAH 24 Oktober – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyifatkan kejadian salah laku melibatkan pelajar sekolah di negeri ini sebagai ‘wake-up call’ kepada semua pihak berkaitan bagi merangka tindakan dan penyelesaian bagi menangani perkara berkenaan.

Katanya, perlu ada tindakan tegas dan tuntas kerana insiden dilaporkan bukan sahaja menjejaskan masa depan pelajar, malah menggugat kesejahteraan ekosistem pendidikan secara keseluruhan.

“Maka, saya meminta semua pihak tidak kira peringkat pentadbiran sekolah, pendidik atau ibu bapa agar memberi keutamaan kepada pembentukan sahsiah, disiplin dan nilai kemanusiaan dalam kalangan pelajar.

“Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, agensi keselamatan serta komuniti ibu bapa dan guru bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan berakhlak dapat dipupuk di semua sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka Bijak SPM 2025 di Dewan Taming Sari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Lendu, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin serta Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Abdul Aziz Baba.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

462
Kongsi :
Previous post KUM PERLUAS PROJEK INFRASTRUKTUR BAWAH TANAH TAHUN HADAPAN
Next post KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN FOKUS BENTUK SAHSIAH PELAJAR – KM