Sorting by

×

JALAN HANG TUAH BERPOTENSI DIHIDUPKAN SEBAGAI LALUAN WARISAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

DUYONG 17 Oktober – Jalan Hang Tuah berpotensi dibangunkan semula sebagai salah satu pusat tarikan berasaskan sejarah dan ekonomi, sekali gus memperkukuh identiti warisan bandar Melaka.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, pembangunan yang dirancang bukan hanya melibatkan aspek pembangunan fizikal lokasi berkenaan, tetapi turut memberi tumpuan kepada potensi ekonomi berpaksikan nilai sekitarnya.

“Jalan Hang Tuah pernah menjadi lokasi penting dalam sejarah negeri, termasuk kewujudan stesen kereta api Melaka pada suatu ketika dahulu.

“Justeru, kita melihat keperluan untuk membangunkan semula laluan ini sebagai sebuah pusat tarikan sejarah yang mempunyai nilai ekonomi,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Hang Tuah di Auditorium Hang Tuah Centre, Perkampungan Hang Tuah, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP), Prof Madya Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah; Pengurus Besar Institut Seni Warisan Melaka (INSWA), Drs. Mohd Nasaruddin Rahman dan Sasterawan Negara, Prof Emeritus Dr. Muhammad Salleh.

Mengulas lanjut, Zaidi berkata bagaimana satu kajian dasar yang teliti akan dijalankan sebagai langkah awal sebelum dibawa kepada peringkat seterusnya.

“Sudah tentu usaha ini akan melibatkan penyelidik dan pengkaji sejarah bagi mengenal pasti laluan serta kawasan yang mempunyai nilai warisan untuk diteliti dengan lebih mendalam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

741
Kongsi :
Previous post 12 JAM HILANG, WANITA WARGA EMAS DITEMUI TERAPUNG DI SUNGAI BELAKANG RUMAH
Next post PERZIM BERHASRAT ANJUR PAMERAN ‘PANGLIMA AWANG’ SIRI KEDUA