
Jangkitan sporadik cetus kluster baharu hari ini
AYER KEROH 10 Sept – Kluster Tapak Bina Berendam dengan 21 kes setakat ini mencetuskan kluster baharu di Melaka, hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), kluster berkenaan dipercayai berpunca daripada kes sporadik dan menular di tempat kerja.
“Sebanyak dua kes baharu hari ini direkodkan daripada kluster berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 21 setakat ini,” kata kenyataan itu.
JKN dalam Facebook rasminya turut memaklumkan dua kluster diisytiharkan tamat hari ini, iaitu Kluster Elektronik Bemban dan Kluster Jalan Tun Fatimah.
Jelas kenyataan itu masing-masing kluster terbabit merekodkan jumlah kumulatif 90 dan 124 kes.
Dalam pada itu, menurut kenyataan JKN, sebanyak tiga kes kematian direkodkan di Melaka hari ini.
“Dua kematian membabitkan wanita masing-masing berusia 49 dan 61 tahun di daerah Alor Gajah yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis.
“Manakala satu lagi kematian membabitkan lelaki berusia 43 tahun di Melaka Tengah namun tidak mempunyai sebarang penyakit,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RM5 JUTA UNTUK PASANG LAMPU JALAN SOLAR, TUMPU KAWASAN GELAP SEKITAR MELAKA
AYER LIMAU 20 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi pemasangan lampu jalan jenis solar di kawasan-kawasan gelap di...
UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI PADA SABTU
KUALA LUMPUR 19 Mac - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor...
POLIS MELAKA SIAP SIAGA SEPANJANG AIDILFITRI
KLEBANG 19 Mac - Seramai 166 anggota trafik digerakkan di seluruh negeri ini sebagai kesiapsiagaan Polis Melaka bagi menghadapi peningkatan...
TYT, KM HADIRI MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL SYAWAL
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hadir ke Majlis Cerapan...
CHARITY OUTLET MELAKA MALL ‘DISERBU’
AYER KEROH 19 Mac - Usaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mewujudkan pusat pengumpulan pakaian terpakai ‘Charity Outlet Melaka...
KES ROGOL BAWAH UMUR ANTARA PENYUMBANG JENAYAH KEKERASAN DI MELAKA
KLEBANG 19 Mac - Peningkatan kes rogol melibatkan mangsa bawah umur dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan jenayah...

