
Japerun Sg Rambai bantu baiki atap rosak akibat ribut
SUNGAI RAMBAI 24 November – Penghuni sebuah rumah di Kampung Empang Lima di sini, menarik nafas lega apabila zink kediaman yang rosak akibat diterbangkan angin ribut siap dibaiki, Rabu lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis menerusi catatan Facebook rasminya berkata, rumah berkenaan antara yang terjejas akibat ribut yang melanda kawasan itu dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi Rabu lalu.
“Laporan bencana disediakan oleh penghulu dan seterusnya dipanjangkan ke Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Jasin.
“Semalam, ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan penduduk kampung bergotong-royong membaiki bumbung rumah Encik Roslan Abd Rani bagi keselesaan isi rumah,” katanya.

Sementera itu, Setiausaha Japerun Ismail Md Elias berkata, kos anggaran membaiki zink terbabit lebih kurang RM600 dan JPKK dan penduduk kampung mengambil inisiatif sama-sama menyiapkan zink terbabit.
“Kerja-kerja membaik pulih atap zink terbabit pada jam 12 tengah hari dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian.
“Kita pasang semula besi dan gantikan dengan zink yang baharu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...

