
Jawatankuasa Khas Pemantau Pelaksanaan PN akan ditubuhkan
SHAH ALAM 14 Nov – Sebuah Jawatankuasa Khas Pemantau Pelaksanaan akan ditubuhkan bagi memastikan enam tunjang utama ikrar Perikatan Nasional (PN) direalisasikan.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa berkenaan akan dianggotai oleh anak jati Melaka terdiri daripada golongan profesional dan berpengalaman.
Katanya, penubuhan jawatankuasa itu untuk memastikan rakyat melihat kesungguhan PN untuk memastikan ikrar itu dipenuhi.
“Bagi memastikan tawaran Ikrar Perikatan Nasional Untuk Melaka ini dipenuhi, sebuah Jawatankuasa Khas Pemantau Pelaksanaan akan ditubuhkan dan dianggotai anak jati Melaka daripada golongan profesional dan berpengalaman.
“Ini adalah manifestasi kesungguhan Perikatan Nasional untuk memastikan ikrar yang dibuat untuk rakyat di negeri Melaka ini akan direalisasikan menerusi satu daya usaha yang gigih dan telus.
“Ini adalah manifestasi kesungguhan Perikatan Nasional untuk memastikan ikrar yang dibuat untuk rakyat di negeri Melaka ini akan direalisasikan menerusi satu daya usaha yang gigih dan telus,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ikrar Perikatan Nasional di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...
