
PN fokus mahu melestarikan alam sekitar
SHAH ALAM 14 Nov – Perikatan Nasional (PN) memfokuskan Kelestarian Alam Sekitar antara enam tunjang utama dalam Ikrar Perikatan Nasional Untuk Melaka, hari ini.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, dalam mendepani cabaran perubahan iklim, fokus akan diberikan kepada peningkatan penggunaan teknologi hijau, penggunaan tanah secara optimum serta pengurusan sisa pepejal.
“Bagi melestarikan kawasan dan memperkaya sumber laut, usaha memulih dan memulihara ekosistem kawasan sungai, persisir pantai dan marin juga akan dipergiatkan.
“Dengan ini rakyat Melaka akan dapat hidup dalam persekitaran yang bersih dan sihat,” katanya.
Beliau turut berkata, Kelestarian Alam Sekitar juga penting untuk terus menjadika Melaka sebagai pusat tarikam pelancong dari luar dan dalam negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAIM ANJUR KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK ASNAF ALOR GAJAH
AYER KEROH 12 November - Seramai 50 anak asnaf di daerah Alor Gajah berpeluang mengikuti khatan secara percuma menerusi Program...
MISI ‘ALONG’ BELUM SELESAI DI ASAHAN
ASAHAN 12 November - Menyelesaikan isu infrastruktur, memperjuangkan pemilikan kediaman generasi kedua FELCRA, meningkatkan kemudahan perumahan serta memperkukuh pendidikan menjadi...
336 PENYERTAAN BUKTI POTENSI ANAK MUDA DALAM DUNIA DATA
BANDARAYA MELAKA 12 November - Minat generasi muda terhadap dunia data dan kreativiti semakin terserlah apabila Pertandingan Video Penceritaan Data...
PRN MELAKA: MELAKA PERLU JADI PENCETUS GELOMBANG BN-PN KE PUTRAJAYA – AHMAD MARZUK
SERKAM 12 November - Melaka perlu menjadi pencetus kepada gelombang kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat...
PRN MELAKA: ‘TEKAD KELUARGA REMBIA’ JADI TAWARAN AZRIL
REMBIA 12 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz...
KECELARUAN POLITIK SEMASA, PELUANG CERAH BN-PN MENANG LEBIH 21 KERUSI DI MELAKA
TABOH NANING 12 November – Kecelaruan politik di peringkat Persekutuan ketika ini dilihat mampu membuka ruang lebih luas kepada Barisan...


