MAIM ANJUR KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK ASNAF ALOR GAJAH

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 12 November – Seramai 50 anak asnaf di daerah Alor Gajah berpeluang mengikuti khatan secara percuma menerusi Program Khatan Anak Asnaf MAIM 2026 yang bakal berlangsung pada 12 Disember ini.

Program anjuran Badan Sukarelawan Al-Taqwa Majlis Agama Islam Melaka (BSAT MAIM) dengan kerjasama Kluster Perubatan dan Kesihatan BSAT itu bertujuan membantu keluarga asnaf mendapatkan kemudahan berkhatan untuk anak-anak mereka tanpa perlu menanggung kos berkenaan.

MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, program tersebut akan berlangsung dari 8 pagi hingga 1 tengah hari bertempat di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah.

Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia dalam kalangan anak asnaf kategori fakir, miskin atau mualaf yang menetap di daerah Alor Gajah, berusia antara enam hingga 12 tahun.

Bagaimanapun, penyertaan terhad kepada 50 peserta terawal dan ditawarkan secara percuma.

Selain kemudahan berkhatan, pihak urus setia turut menyediakan makanan dan minuman kepada semua peserta sepanjang program berlangsung.

Ibu bapa atau penjaga yang berminat boleh menyemak syarat serta membuat pendaftaran menerusi kod QR pada poster hebahan program.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pejabat BSAT MAIM menerusi talian 06-286 8109 atau WhatsApp Hotline BSAT di 011-5852 2074.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

192
Kongsi :
Previous post MISI ‘ALONG’ BELUM SELESAI DI ASAHAN