Sorting by

×

JAWATANKUASA KHAS ‘TEKSI AIR’ SUNGAI MELAKA DIWUJUDKAN

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Bagi memastikan isu trafik di kawasan pelancongan ditambah baik, Kerajaan Negeri mewujudkan sebuah ‘taskforce’ khas bagi mengkaji perkhidmatan teksi air atau ‘Water Taxi’ di Sungai Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jawatankuasa itu akan ditubuhkan dalam tempoh enam hingga 12 bulan membabitkan perjalanan ke lokasi pelancongan utama di Banda Hilir.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan mewujudkan kawasan khas parkir kenderaan sebagai alternatif penyuraian trafik dan sokongan mobiliti hijau, sekali gus menjadi daya tarikan baharu pelancongan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ucapan Taat Setia Ketua Menteri Melaka pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Rasmi Hari Jadi Ke-76 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Tambah Ketua Menteri, bagi menangani isu jaringan jalan raya yang semakin padat, Kerajaan Negeri turut mengambil langkah proaktif melalui 11 projek naik taraf dan pembinaan baharu jalan raya demi keselesaan dan keselamatan rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

377
Kongsi :
Previous post ZON BEBAS KENDERAAN BAWA LIMPAHAN EKONOMI BUAT PENIAGA
Next post LEBIH 6,000 KAMPIT BERAS MELAKA DIPASARKAN