JBS mahu pastikan orang Melaka sihat, aktif dan cergas

Masa Membaca:54 Saat

TANJUNG BIDARA 18 September – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka mahu menganjurkan pelbagai lagi aktiviti bagi memastikan setiap komuniti di negeri ini sihat, aktif dan cergas menerusi amalam gaya hidup sihat serta bersukan.

Pengarahnya, Khairul Adri Rosli berkata, JBS mahu mewujudkan ‘Fit Community’ dan bercadang untuk memperluaskannya ke seluruh daerah di Negeri Melaka.

Katanya, sukan adalah aktiviti sihat yang perlu dilaksanakan tanpa mengambil kira fahaman, kaum, budaya atau usia.

“Kita komited untuk terus laksanakan pelbagai penganjuran aktiviti sihat selepas ini di setiap daerah di Negeri Melaka.

“Antara program yang kita telah susunkan adalah Hari Sukan Negara bakal diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 14 Oktober depan menawarkan pelbagai aktviti menarik buat pengunjung.

“Selain itu, menerusi Rakan Muda juga kita bakal menganjurkan Program Rakan Litar, ia berkonsepkan sukan permotoran seperti ‘pocket bike’ dan ‘go-kart’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pantai Tanjung Bidara, di sini, semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1051
Kongsi :
Previous post Jalur Gemilang gergasi terbang megah di langit Melaka
Next post MOUT skala besar tarik lebih ramai peserta
Ubah saiz-+=