Sorting by

×

MOUT skala besar tarik lebih ramai peserta

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

ASAHAN 18 September – Kejohanan sukan lasak Mount Ophir Ultra Trail (MOUT) akan dianjurkan pada skala lebih besar sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) pada tahun hadapan.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, jawatankuasa yang diwujudkan akan melakukan penilaian serta kajian berpandukan penganjuran MOUT 2023 sebagai persediaan.

“MOUT adalah pemanas badan sebelum TMM2024, penganjuran kali ini juga dinilai jawatankuasa, kita melihat pelbagai aspek termasuk pengurusan dan susun atur agar pelaksanaan pada 2024 lebih lancar kerana kita mensasarkan jumlah peserta yang ramai.

“Selain itu ada yang mencadangkan pelbagai kategori diperkenalkan seperti larian gunung, larian di pulau dan larian pantai. Malah kita juga ada cadangkan tambahan kategori iaitu larian mengelilingi kaki gunung,” katanya.

Zaidi ditemui selepas Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Mount Ophir Ultra Trail Melaka 2023 di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan, di sini, semalam.

Terdahulu perasmian Mount Ophir Ultra Trail (MOUT) Melaka 2023 disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri.

Zaidi yang juga Adun Serkam berkata, berdasarkan kepada perancangan pihaknya menyasarkan akan menerima lebih banyak penyertaan berbanding 800 pada MOUT Melaka 2023.

“Ini sebahagian daripada perancangan yang kita rasa mampu menarik ramai peserta iaitu lebih 1,500 orang.

“Larian kaki gunung itu juga nanti akan dianjurkan di Gunung Ledang. Penganjuran ini ,kita akan masukkan dalam segmen sukan,” katanya.

Terdahulu, MOUT Melaka 2023 yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu disertai seramai 800 peserta tempatan dan wakil antarabangsa dari Australia, United Kingdom dan Singapura.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1792
Kongsi :
Previous post JBS mahu pastikan orang Melaka sihat, aktif dan cergas
Next post Jom masuk UM, medium interaksi bersifat santai
Ubah saiz-+=