Jom masuk UM, medium interaksi bersifat santai

Masa Membaca:2 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 18 September – Penganjuran Hari Terbuka ‘Jom Masuk UM’ dilihat relevan apabila memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam penyampaian maklumat membabitkan program pengajian yang ditawarkan di Universiti Malaya (UM).

Timbalan Dekan Universiti Malaya Profesor Madya Dr Zuraidah Abdullah berkata, Hari Terbuka ‘Jom Masuk UM’ baru diadakan pada tahun ini yang mana pihaknya akan jelajah ke setiap negeri.

Beliau berkata, secara tidak langsung juga penganjuran Hari Terbuka ‘Jom Masuk UM’ juga memperkenalkan kampus baharu bagi pengoperasian pentadbiran dan pengajian yang terletak di Cyberjaya, Selangor iaitu Universiti Malaya Kampus Cyberjaya.

“Ini adalah langkah awal dan kita akan ke negeri-negeri untuk menawarkan peluang pengajian kepada pelajar yang layak sama ada menyambung pengajian. Sebelum ini kita sudah ke Miri Sarawak, dan Melaka menjadi negeri kedua sebelum ke Sungai Petani, Kedah.

“Saya percaya, penganjuran program ini amat relevan dan dapat memberi manfaat untuk semua masyarakat menerusi pendedahan maklumat lanjut berkaitan penawaran program pengajian di Pusat Tanggungjawab (PTj) Akademi UM.

“Program ini juga berperanan sebagai medium interaksi yang informal dan bersifat santai sekaligus membolehkan pelajar, ibu bapa, industri, sekolah dan masyarakat umum mendapat maklumat berkenaan peluang pengajian serta bantuan kewangan yang ada ditawarkan,” katanya.

Beliau ditemui pada Hari Terbuka ‘Jom Masuk UM’ 2023 Zon Melaka, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, pada Sabtu.

WhatsApp Image 2023-09-18 at 11.09.07
Majlis perasmian Hari Terbuka ‘Jom Masuk UM’ 2023 Zon Melaka disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)Melaka, Ismail Ali.

Perasmian program itu disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka Ismail Ali.

Menurutnya, menerusi program ini juga pihaknya turut berkolaborasi bersama beberapa agensi lain termasuk JPN serta sekolah.

“Kita akan menjalinkan kerjasama dengan pihak lain terutamanya JPN dan sekolah dalam menyampaikan secara terus dan terperinci berhubung apa yang kita tawarkan, misalnya di UM kita turut mempunyai pengajian di peringkat diploma.

“Ramai yang tidak tahu hal ini, jadi dengan kerjasama dibuat kita akan ke sekolah dengan menerangkan apa kursus ditawarkan contohnya di peringkat diploma UM menawarkan empat kursus iaitu Diploma Pengurusan Sumber Manusia, Diploma Pengurusan, Pengurusan Perniagaan dan Diploma Perakaunan.

“Syarat kemasukan ke peringkat diploma juga lebih fleksibel iaitu minimum tiga kredit bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Dr Zuraidah berkata, jumlah kemasukan pelajar Diploma Pusat Pendidikan Berterusan UM adalah seramai 2,943 orang selain menyasarkan kemasukan 600 orang pelajar untuk kemasukan November tahun ini.

“Semoga langkah pertama saudara dan saudari mengunjungi Program Hari Terbuka ‘Jom Masuk UM’ akan membuka ruang menjadi sebahagian daripada warga Universiti Malaya dan seterusnya mencorakkan alam kerjaya yang cemerlang pada masa hadapan,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

983
Kongsi :
Previous post MOUT skala besar tarik lebih ramai peserta
Next post Dua rentung, lapan unit rumah kedai terbakar
Ubah saiz-+=