Jenazah bapa mentua Ketua Menteri selamat dikebumi

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

MASJID TANAH 9 April – Jenazah bapa mentua Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pajak Kesang, Kampung Durian Daun di sini, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham M Yusop Ijang, 83, disembahyangkan di Masjid Al – Mujib, Durian Daun dengan dihadiri kira-kira 100 jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan saudara-mara kira-kira jam 9.30 pagi.

ISTERI Ketua Menteri, Datin Seri Munira M. Yusop (kiri) bersama keluarga sebak ketika pengebumian bapanya, M. Yusop Ijang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pajak Kesang, Durian Daun, Masjid Tanah. Foto: MR. Azli.

Solat jenazah Allahyarham diimamkan Imam 1 masjid berkenaan, Hishamuddin Salleh manakala talkin dibacakan Imam Rawatib, Adnan Yassin.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Hadir sama, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Hasim Hasan.

TUN Mohd Ali Mohd Rustam yang hadir memberi penghormatan terakhir turut menyiram air mawar di pusara bapa mentua Ketua Menteri Melaka, M. Yusop Ijang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pajak Kesang, Durian Daun, Masjid Tanah. Foto: MR. Azli.

Turut memberikan penghormatan terakhir, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri , Datuk Latipah Omar.

Allahyarham M Yusop Ijang, 83 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Putra Melaka pada jam 8.26 malam tadi akibat sakit tua.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

876
Kongsi :
Previous post Forum Perdana Ehwal Islam di Melaka cipta sejarah tampil panelis teramai
Next post Pokok Batai Laut tumbang diganti baru
Ubah saiz-+=