
JKM KESAN WARIS THEVANESH
JASIN 24 Oktober – Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin sedang mengesan waris kanak-kanak lelaki, Thevanesh A/L Suresh Kumar.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah jasin Nazurah Mohd Noh berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun itu yang tidak mempunyai waris dan penjaga yang sah.
Katanya, siasatan awal mendapati kanak-kanak tersebut hanya mempunyai salinan sijil kelahiran sahaja tanpa mengenali ibu dan bapa kandungnya.
“Berdasarkan maklumat, kanak-kanak ini berasal dari Selangor, di mana bapanya Suresh Kumar A/L Gopal yang juga berasal dari Selangor telah meninggal dunia pada tahun 2018 ketika berusia 52 tahun.
“Ibunya pula bernama Lee Sook Lim berusia 36 tahun, juga berasal dari Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris kanak-kanak ini boleh menyalurkannya ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin, Melaka atau Pelindung di talian 06-5291285.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAJET NEGERI MELAKA 2026: MPJ BINA DUA TAPAK PENJAJA BERPUSAT DI JASIN
SERI NEGERI 9 Disember – Skim Mesra Penjaja diperkenalkan Kerajaan Negeri melalui inisiatif Kawasan Penjaja Berpusat Dalam Komuniti amat membantu...
PENYAMPAIAN KELULUSAN TANAH DAN NOTIS 5A CERIAKAN 95 PENERIMA
ASAHAN 9 Disember - Suasana penuh ceria menyelubungi Balai Raya Felda Tun Ghafar, Bukit Senggeh, apabila seramai 95 generasi kedua...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: PENJAWAT AWAM SAHUT CABARAN PASTIKAN SISTEM PENYAMPAIAN EFISIEN, MESRA RAKYAT
SERI NEGERI 9 Disember - Pemberian bantuan khas kewangan kepada penjawat awam menerusi Bajet Negeri Melaka 2026 disahut dengan semangat...
JELAPANG PADI MELAKA SUMBANGAN LEBIH 6,000 TAN PENGELUARAN
SERI NEGERI 9 Disember - Keluasan tanaman padi di Melaka bagi tempoh Januari hingga November 2025 mencatatkan sebanyak 1,590.36 hektar...
WCE: LALUAN SEPANJANG 69 KILOMETER, WUJUDKAN ENAM PINTU MASUK BAHARU KE MELAKA
SERI NEGERI 9 Disember - Pelaksanaan projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) bukan sahaja mewujudkan jaringan sistem perhubungan jalan raya lebih...
INISIATIF RM50,000 BAIK PULIH, NAIK TARAF FASILITI SUKAN SETIAP DUN DI MELAKA
SERI NEGERI 9 Disember - Kerajaan Negeri Melaka menyediakan peruntukan RM50,000 bagi melaksanakan kerja naik taraf dan baik pulih kemudahan...
