Sorting by

×

JKM Melaka sudah bersedia hadapi Monsun Timur Laut

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

JASIN 27 November – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka melakukan persediaan untuk berdepan sebarang kemungkinan bencana sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada bila-bila masa hingga Mac tahun hadapan.

Pengarah JKM negeri Zulkifli Hanifah berkata, selain memastikan pusat pemindahan sementara (PPS) berada dalam keadaan baik, perhatian juga diberikan kepada aspek keperluan mangsa seperti kit dan pek makanan retort sedia untuk diagihkan kepada 5,000 orang.

“Kami JKM sudah bersedia sepenuhnya untuk hadapi MTL ini, malah kalau berlaku banjir 3,000 PPS seluruh Negeri Melaka seperti sekolah dan balai raya mampu menampung sehingga 90,000 orang mangsa.

“Sekiranya banjir berlaku secara berperingkat kita juga bersedia, perancangan berhubung PPS dan keperluan mangsa sudah dibuat,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Menurutnya, tumpuan diberikan di lokasi ‘hotspot’seperti di Sungai Rambai dengan menempatkan kemudahan, keperluan dan bekalan makanan di Japerun.

Zulkifli berkata, jika berlaku bencana keperluan berkenaan akan terus dihantar ke PPS atau diagihkan kepada mangsa memerlukan.

“Negeri Melaka juga terletak berhampiran depoh bencana kawasan selatan di Muar, Johor yang mampu menampung sehingga 150,000 mangsa dalam satu masa.

“Persediaan awal ini dibuat bagi memastikan segala bentuk bantuan dapat disalurkan terus kepada mangsa dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

561
Kongsi :
Previous post Bayar cukai tanah menang motosikal
Next post Peperiksaan SPM percuma pelajar tahfiz di Pulau Besar
Ubah saiz-+=