JKN sasar 50 peratus rawatan ORL tertunggak selesai hujung tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

ALOR GAJAH 29 Nov – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menyasarkan sebanyak 50 peratus daripada 76 kes rawatan tertunggak dapat diselesaikan sehingga hujung tahun ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Rusdi Abdul Rahman berkata, jumlah kes rawatan itu menunjukkan peningkatan sejak Mei 2021 yang lalu apabila gelombang kedua wabak pandemik COVID-19 melanda negara.

“Banyak kes rawatan yang tertunggak sebab masa itu (jumlah kes) COVID-19 tengah tinggi dan pembedahan Otorinolaringologi (ORL) hanya dibenarkan untuk kes-kes kecemasan saja, jadi kes biasa terpaksa kita tangguhkan.

“Dengan adanya Karnival Pembedahan ORL ini sekurang-kurangnya kita dapat turunkan sebanyak 50 peratus kes tertunggak tersebut dalam masa terdekat.

“Lebih 76 kes tertunggak direkodkan dan kita harap dapat selesaikan dalam 35 hingga 36 kes di seluruh Negeri Melaka (dan) dalam tempoh seminggu kita dapat selesaikan 25 kes tetapi selepas ini kita cuba cepatkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Pembedahan ORL di Hospital Alor Gajah di sini, hari ini.

Karnival Pembedahan ORL di Hospital Alor Gajah di sini, hari ini.

Karnival tersebut diadakan bermula dari 29 November 2021 sehingga 3 Disember depan.

Dalam pada itu, Rusdi berharap peningkatan bilangan rawatan pembedahan di Hospital Melaka dan Hospital Alor Gajah dapat membantu mengurangkan kes-kes tertunggak tersebut hingga hujung tahun ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

588
Kongsi :
Previous post PRN Sarawak: Lebih 9,000 pegawai, anggota polis akan diatur gerak – Timbalan KPN
Next post 86 peratus premis di seluruh negara sudah peroleh FC
Ubah saiz-+=