Sorting by

×

JPKK JADI ‘BAPA ANGKAT’, TINGKAT TAHAP KESELAMATAN ASET SYARIKAT UTILITI

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 19 Ogos – Semua penyedia perkhidmatan utiliti dan telekomunikasi di Melaka dicadangkan supaya menjadikan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebagai ‘bapa angkat’ masing-masing dalam usaha melindungi aset mereka daripada sebarang perlakuan jenayah atau pencerobohan.

Ketika menyuarakan cadangan berkenaan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, menerusi jalinan kerjasama itu pengerusi JPKK akan menjadi mata dan telinga kepada penyedia utiliti dan telekomunikasi beroperasi di Melaka.

Katanya, inisiatif itu sahaja melindungi aset syarikat utiliti, sebaliknya menjamin aspek keselamatan komuniti khususnya melibatkan kemudahan berisiko tinggi terletak berhampiran kawasan penempatan.

“Pemantauan dan kesedaran awam terhadap kepentingan aset utiliti dapat ditingkatkan, sekali gus dapat mengelakkan peristiwa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada April lepas berlaku di negeri ini.

“Hasil daripada program kali ini diharapkan tahap kesedaran berhubung keselamatan kemudahan utiliti ini dapat ditingkatkan lagi,” kata Ketua Menteri pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Forum Keselamatan: Kesedaran Masyarakat Tentang Fasiliti Utiliti Peringkat Negeri Melaka Anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Auditorium Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco kanan Perumahan, Kerajaan tempatan, Saliran Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, barisan Exco, Timbalan Exco serta wakil-wakil jabatan.

Ab Rauf berkata, penyedia perkhidmatan utiliti berkenaan melibatkan syarikat pembekal tenaga seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), telekomunikasi melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan juga gas (PETRONAS).

“Inisiatif ini juga dapat meningkatkan tahap pemantauan terhadap aset penting menerusi kerjasama dengan pengerusi JPKK setiap kampung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

351
Kongsi :
Previous post POLIS TAHAN TIGA LELAKI, RAMPAS DADAH BERNILAI RM4.16 JUTA
Next post MPJ BANGUNKAN HAB PEMANTAUAN PINTAR BERASASKAN AI DAN 5G