Jualan Rahmah Tok Ajak berbaloi-baloi

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TELOK MAS 12 Februari – Jualan Rahmah Tok Ajak yang diadakan di Bilik Gerakan BN Ketapang, di sini, menerima sambutan luar biasa daripada penduduk sekitar Telok Mas.

Rata-rata pengunjung yang hadir meluahkan rasa puas hati kerana dapat membeli barangan keperluan pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

Menurut seorang pengunjung warga emas, Halimah Jaafar, 82, sejak jam 8 pagi dia telah datang ke jualan itu selepas mengetahui mengenai program tersebut daripada rakan-rakannya.

“Rasa bersyukur selain rasa terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dan saya berharap kalau boleh program seumpama ini diperbanyakkan lagi pada masa akan datang.

“Saya sempat membeli sayur dan telur kerana ayam telah pun habis terjual,” katanya ketika ditemui pemberita.

IMG-20230212-WA0021
UMI KALSOM

Manakala, seorang lagi pengunjung Umi Kalsom Lamin, 65, berkata meskipun tidak sempat membeli barangan pada jualan itu kerana kehabisan stok namun dia gembira dapat membantu membawa beberapa jirannya ke program itu untuk membeli barangan.

“Walaupun saya tidak dapat membeli kerana sambutan amat menggalakkan namun sekurang-kurangnya rakan lain dapat beli barangan dengan harga yang murah, jadi saya harap akan datang program ini dapat diadakan dari semasa ke semasa.

“Kalau boleh minta diperbanyakkan stok barangan dan pelbagaikan jenis jualan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2011
Kongsi :
Previous post Universiti pertanian perlu ‘dihidupkan’ – Mohamad Sabu
Next post Mangsa kebakaran sebak terima rumah percuma
Ubah saiz-+=