
JURUBAHASA RUGI LEBIH RM500,000 AKIBAT PELABURAN MATA WANG KRIPTO TIDAK WUJUD
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata wanita berusia 40-an mengetahui skim itu daripada seorang warga China yang dikenali pada 10 Ogos menerusi Instagram sebelum berhubung menggunakan WhatsApp.
 “Suspek memaklumkan ada melabur dalam mata wang kripto dengan pulangan 20 peratus dan menghantar pautan berkaitan serta mengajar mangsa untuk menyertai pelaburan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Nasir berkata mangsa mula melabur RM8,740 pada 22 Ogos dan mendapat pulangan sebelum menggandakan pelaburan menerusi 12 transaksi pemindahan wang dalam talian ke sembilan akaun dari 26 Ogos hingga 5 Sept.
Mangsa membuat laporan polis pada 4.19 petang semalam, selepas sedar ditipu kerana diarahkan membuat pinjaman bank untuk menambah jumlah pelaburan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
