Karnival Kerjaya Jelajah AKM tawar 5,000 peluang pekerjaan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 12 Oktober – Sebanyak 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 14 hingga 16 Oktober ini.

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata karnival itu juga menghimpunkan sebanyak 42 syarikat terdiri dari pelbagai sektor antaranya, bioteknologi, perkhidmatan, perkilangan, perhotelan, telekomunikasi dan perbankan.

Katanya, karnival yang bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang itu adalah anjuran Kerajaan Negeri bersama Kementerian Sumber Manusia menerusi agensinya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Antara majikan yang terlibat dalam karnival ini adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka; Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB); Air Asia; Honda; Milagro dan banyak lagi.

“Kerajaan menyeru individu yang aktif mencari pekerjaan atau ingin meneroka peluang pekerjaan yang baharu untuk mencuba nasib dengan menghadiri sesi temuduga bersemuka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di MITC, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Perkeso Melaka, Abd Razak Omar.

Mengulas lanjut, jelasnya, pada karnival kali ini sebanyak 70 peratus majikan dari luar Melaka manakala 30 peratus dari dalam Melaka.

“Komposisi pekerjaan adalah lebih 60 peratus jawatan seperti penyelia, bahagian pengurusan, jawatan pertengahan dan sebagainya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3052
Kongsi :
Previous post Bapa dipercayai bunuh bayi tiga bulan ada lapan rekod jenayah lampau
Next post PRU15: MB Perak menghadap Sultan Nazrin mohon perkenan bubar DUN
Ubah saiz-+=