Sorting by

×

Karnival PenjanaKerjaya peluang buat pencari kerja

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 19 Ogos – Karnival PenjanaKerjaya ‘Melaka CareerTrans 2020’ juga memberi peluang buat golongan kelainan upaya (OKU) bagi mendapatkan pekerjaan.

Pemohon, Mohd Amiruddin Kamaruddin,36, berkata, selepas lima tahun tidak mempunyai pekerjaan, menerusi karnival ini dia akhirnya boleh bekerja semula bermula 26 Ogos ini.

Mohd Amiruddin

“Saya pernah kerja kali terakhir pada tahun 2015, jadi tahun ini saya ambil peluang untuk mencari kerja dengan karnival dianjurkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Alhamdulillah, Econsave Batu Berendam terima saya kerja sebagai kerani bahagian pentadbiran, harap kawan-kawan OKU seperti saya gunakan peluang ini untuk mencari pekerjaan,” katanya.

Muhammad Syukor

Muhammad Syukor Subtu, 21, pula berkata, bukan hanya memberi peluang pekerjaan kepada golongan berumur, malah anak muda juga berkesempatan mendapat pekerjaan.

“Saya dah selesai ditemuduga tadi (semalam), alhamdulillah dah dapat kerja di sebuah kilang bermula 20 Ogos ini sebagai operator.

“Penganjuran ini sangat bagus boleh bagi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda sekarang, sebelum ini saya pernah kerja di kilang Bukit Rambai dan ini merupakan kerja kedua saya,” katanya.

Nadhira Natasha

Manakala, Nadhira Natasha Aminodin, 21, berkata, sebelum ini dia pernah bekerja di sebuah hotel di Jonker Walk, namun diberhentikan rentetan penularan wabak Covid-19.

“Sebelum ni saya kerja hotel dan diberhentikan bulan Mac sebab Covid-19.

“Bagi saya karnival ini bagi dapat memberi peluang untuk mereka yang ingin mencari kerja, setakat ni saya dah temuduga di Agro Bank dan akan cuba di lain agensi pula,” katanya.

Views:

330
Kongsi :
Previous post Orang Asli Slim River bakal terima bekalan elektrik
Next post Bekerja sambil belajar bukan perkara mudah
Ubah saiz-+=