Keenakan masakan Timur Tengah tambat hati ‘kaki makan’

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

PENGKALAN BATU 30 Disember – Meskipun selera Timur Tengah seperti Nasi Arab tidak sepopular asam pedas, namun ia semakin menambat hati pelancong bercuti di negeri ini.

Bagi restoran Nasi Arab iaitu Bait Hadramawt, beroperasi hampir dua bulan, penggunaan rempah ratus yang diimport terus dari negara arab antara kaedah digunakan untuk mengekalkan keaslian hidangan ditawarkan.

Bagi pengurusnya, Mohamed Faliq Abdul Malek berkata, penggunaan rempah dan bahan-bahan yang dalam masakan adalah penting bagi menghasilkan aroma dan menjamin kelazatan masakan.

“Penyediaan bahan utama seperti rempah memainkan peranan penting. Sementara itu seperti tepung, bahan perapan dibuat sendiri oleh cef kami.

“Malah kita juga menggunakan khidmat cef daripada Yaman dan Palestin bagi memberi sentuhan yang lebih asli dalam masakan. Mereka lebih arif akan selok- belok dalam menyediakan masakan, sekali gus dapat memberi kelazatan dan aroma pada setiap sajian,” katanya.

Menurutnya, dekorasi premis berkonsepkan Timur Tengah dan lokasi restoran mengadap Sungai Melaka memberi keselesaan dan ketenangan kepada pelanggan ketika menikmati hidangan yang dipesan.

“Kami mempunyai lebih 30 menu, termasuk nasi mandi dan kabsah, malah kami turut sajikan hidangan yang jarang didapati di premis lain seperti tagen, shiss tawood dan falafel.

“Dengan keenakkan dan kelazatan yang ada pada hidangan kami ini, diharap selera Timur Tengah ini dapat diterima ramai dan pelancong yang datang ke Melaka juga akan menjadikan restoran kami lokasi menjamu selera,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3195
Kongsi :
Previous post ‘2022 tutup buku’: Imbasan Februari 2022
Next post Dua mahasiswa lemas ketika mandi di Sungai Chiling
Ubah saiz-+=