‘Kejut ibu 5.30 pagi tak sabar nak sekolah’

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

AYER KEROH 4 Okt. – “Anak memang semangat nak sekolah hinggakan tadi dia bangun jam 5.30 pagi dan kejut saya untuk pergi sekolah,” kata Azlizah Zainal, ibu kepada murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Syed Ahmad Shahabudin.

Azlizah,43, ketika ditemui berkata, anaknya Muhammad Muazzam Saiful Nizam,9, sudahpun membuat persiapan awal untuk ke sekolah sejak malam tadi.

AZLIZAH.

“Semalam dia dah kemas baju semua sebab dah lama tak sekolah, pagi tadi dia bangun awal 5.30 pagi dan kejut saya cakap nak mandi nak sekolah.

“Saya siapkan dia semua lepas tu solat, sarapan sikit kemudian terus hantar ke sekolah.

“Hari ini saya ambil cuti sebab nak hantar dia, anak masuk pendidikan khas bahagian intelektual dan mata dia tak berapa nampak,” katanya yang bekerja sebagai jururawat.

Mohd Zulfadli Kamarudin,40, pula berkata, biarpun anaknya Muhammad Adam Mohd Zulfadli,9, adalah kanak-kanak autisme, namun semangat untuk ke sekolah tidak pernah luntur.

MOHD Zulfadli.

“Alhamdulillah, anak tiada masalah bangun pagi, mandi awal dan bersemangat nak ke sekolah sebab lepas raya hari itu tak sekolah.

“Dia cakap dah ‘boring’ duduk rumah nak jumpa cikgu dan kawan-kawan semua.

“Jika ditanya kerisauan dalam waktu pandemik, saya rasa tiada masalah sebab pendidikan khas ni murid tak ramai dan prosedur operasi standard (SOP) sekolah pun sangat ketat,” katanya.

MOHD Ilham.

Sementara itu, Mohd Ilham Iberahim,42, pula berkata, anaknya, Areef Isqandar Mohd Ilham,8, kelihatan sedikit gementar untuk ke sekolah selepas enam bulan belajar di rumah.

“Areef dah enam bulan tak sekolah jadi dia gembira dan tak sabar pagi tadi nak ke sekolah.

“Tapi pagi tadi sebelum sampai sekolah dia ada cakap berdebar sikit sebab sebelum ini dia sekolah swasta, jadi kali ni dia kena jumpa cikgu dan kawan baru.

“Dia ‘first time’ nak masuk jadi banyak benda dia kena tahu dan saya dah terangkan di mana nak makan, tandas semua,” katanya anaknya mempunyai masalah pembelajaran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

410
Kongsi :
Previous post 3,000 pelajar, murid mula sesi persekolahan bersemuka hari ini
Next post Dakwaan pelajar maut selepas divaksin: Polis selesai rakam percakapan suspek
Ubah saiz-+=