3,000 pelajar, murid mula sesi persekolahan bersemuka hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

AYER KEROH 4 Okt. -Seramai 3,000 pelajar serta murid memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts Kamel Mohamed berkata, jumlah itu membabitkan seramai 1,400 pelajar sekolah menengah tingkatan enam bagi semester dua dan 1,600 murid berkeperluan khas (MBK).

KAMEL bertanyakan sesuatu kepada bapa murid yang hantar anak mereka ke sekolah, hari ini.

“Sepertimana kita sedia maklum hari ini anak-anak kita kembali ke sekolah setelah sebelum ini mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

“Saya dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa di Melaka hari ini ada 40 buah sekolah menengah dan 105 sekolah kebangsaan telah memulakan sesi persekolahan.

“Daripada jumlah sekolah itu, ia melibatkan kira-kira 1,400 pelajar sekolah Menengah dan 1,600 murid di sekolah kebangsaan,” katanya.

IBU bapa mula menghantar anak-anak mereka berpendidikan khas ke sekolah bagi sesi persekolahan secara bersemuka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni murid-murid pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Tun Ahmad Shahabudin Taman Tasik di sini, hari ini.

Kamel turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama warga pendidik dalam memastikan sesi pembukaan sekolah kali ini berjalan lancar.

KETIBAAN Kamel disambut warga sekolah tersebut.

“Saya datang sekolah ini untuk menyantuni anak-anak kita ini dan warga sekolah yang telah membuat banyak persiapan menyambut kehadiran anak-anak ini.

“Hari ini yang kembali ke sekolah adalah pelajar-pelajar pendidikan khas dan sekolah yang ada pelajar tingkatan enam semester dua.

“Di sekolah ini saja ada seramai 47 murid dan saya lihat mereka ceria berjumpa kawan-kawan mereka, guru-gurupun terubat rindu untuk jumpa mereka semula,” katanya.

Hadir sama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Datuk Mohd Arif Yusa, Guru Besar SK Syed Tun Ahmad Shahabudin, Azman Janudin dan wakil KPM Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

494
Kongsi :
Previous post Mohd Ridhwan dianugerahkan PGDK bawa gelaran Datuk
Next post ‘Kejut ibu 5.30 pagi tak sabar nak sekolah’
Ubah saiz-+=