
Mohd Ridhwan dianugerahkan PGDK bawa gelaran Datuk
AYER KEROH 3 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) Mohd Ridhwan Mohd Ali dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.
Penganugerahan itu sempena sambutan Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) Tun Juhar Mahiruddin ke-68 semalam.
Mohd Ridhwan yang juga merupakan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) turut berterima kasih di atas penganugerahan itu.
“Alhamdulillah. Terima kasih di atas ucapan dan doa,” katanya melalui tulisan di Facebook rasminya di sini malam ini.
Beliau berkata demikian membalas komen sahabat, kenalan dan orang ramai yang mengucapkan tahniah di atas penganugerahan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: KEROSAKAN BAHAN KEMPEN ANTARA TUJUH KES DISIASAT
AYER KEROH 3 November – Polis menerima lapan laporan dan membuka tujuh kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
PRN MELAKA: BUKAN POPULARITI, PRESTASI JADI UKURAN – HELMY
DUYONG 3 November - Populariti dan pengaruh di media sosial bukan jaminan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16,...
TOK RAUF TEKAD PERTAHAN MARUAH BANGSA, WARISAN PERJUANGAN UMNO DITERUSKAN
TANJUNG BIDARA 3 November - Perjuangan membela nasib dan mempertahankan maruah bangsa perlu diteruskan demi memastikan generasi akan datang tidak...
PRN MELAKA: ‘ALONG’ MAHU SEDIA TANDAS SELESA UNTUK 24 RUMAH ORANG ASLI
ASAHAN 2 November - Keperluan kediaman lebih selesa, kemudahan tandas yang selamat serta isu kepadatan penghuni dalam sesebuah rumah antara...
MAIM AJAK ORANG RAMAI REBUT PELUANG SAHAM WAKAF PEMBINAAN MASJID PULAU BESAR
AYER KEROH 2 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengajak orang ramai merebut peluang menyertai Saham Wakaf Pembinaan Masjid...
PRN MELAKA: AB RAUF LIHAT MELAKA LANDASAN KEBANGKITAN BN KE PUTRAJAYA
TANJUNG BIDARA 2 November - Kestabilan politik di Melaka mahu dijadikan model pentadbiran Barisan Nasional (BN) untuk diperluaskan ke peringkat...
