Keluarga dikuarantin posifif COVID, warga emas meninggal dunia di rumah

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

TELOK MAS 21 Julai – Warga emas wanita ditemukan meninggal dunia dalam bilik air sebuah rumah di Bukit Punggur, Alai di sini pagi tadi.

Mangsa berusia 60 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu pada jam 8.51 pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita dipercayai jiran mangsa yang memaklumkan mangsa terkunci dalam rumah berkenaan.

Katanya, pasukan bomba dari balai berkenaan melakukan perbergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terperangkap dalam bilik air itu.

“Pihak bomba difahamkan keluarga warga emas berkenaan positif COVID-19 dan sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

“Jadi mangsa tinggal seorang diri dalam rumah berkenaan kerana suaminya berusia 74 tahun juga dirawat di Hospital Melaka akibat COVID-19,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

ANGGOTA bomba melakukan sanitasi di seluruh kediaman mangsa bagi langkah keselamatan.

Tambahnya, anggota bomba yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memecahkan pintu bilik air itu dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Petugas kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkan wanita terbabit sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurut Zulkhairani, mayat diserahkan kepada pasukan polis untik tindakan lanjut dan dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Melaka.

“Selepas mayat mangsa dibawa ke hospital, anggota bomba melakukan sanitasi di seluruh kediaman mangsa bagi langkah keselamatan dan operasi tamat pada jam 11.39 pagi,” katanya.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

426
Kongsi :
Previous post 14.6 peratus populasi lengkap dua dos suntikan – Dr Adham
Next post Raih RM3,000 sebulan jual ‘cendawan kolong’
Ubah saiz-+=