
Kenaikan harga barang: PM akan pengerusi Mesyuarat Tindakan Sara Hidup Negara
KUALA LUMPUR, 24 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung isu kenaikan harga barang daripada kementerian-kementerian berkaitan.
Menerusi catatan di laman Facebook, Ismail Sabri berkata kerajaan prihatin tentang kenaikan harga barang yang berlaku sejak kebelakangan ini.
“Kerajaan komited memastikan kenaikan harga barang segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” menurut catatan itu.
Sebuah Akhbar hari ini melaporkan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menjangkakan semua barang akan mengalami kenaikan harga luar biasa selepas sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.
Presiden DPMM Abd Halim Husin dipetik sebagai berkata kenaikan harga barang itu didorong oleh lonjakan kos pengangkutan lebih sekali ganda selepas bencana banjir khususnya di Lembah Klang, Disember tahun lepas.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
