Sorting by

×

Keperluan asas makanan di Melaka mencukupi

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

SERI NEGERI  28 November – Keperluan asas membabitkan hasil pengeluaran dari sektor pertanian, perikanan dan penternakan di Melaka mencukupi bagi menampung keperluan rakyat di negeri ini.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, walau bagaimanapun pengeluaran padi di Melaka masih bergantung kepada import disebabkan oleh kekangan tanah.

Katanya, padi di Melaka mencatatkan pengeluaran sebanyak 8,470 metrik tan setahun dengan nilai RM10.15 juta manakala pengeluaran buah-buahan mencatatkan pengeluaran 20,350 metrik tan setahun dengan nilai hampir RM101.75 juta.

“Bagi pengeluaran sayur-sayuran sebanyak 17, 650 metrik tan dihasilkan setahun dengan nilai RM44.12 juta dan bagi ketiga-tiga pengeluaran ini kadar kepenggunaan atau ‘self sufficiency ratio’ (SSR) yang direkodkan antara 9.81 hingga 30.71 peratus.

“Manakala bagi sektor perikanan pula kadar SSR yang direkodkan adalah sebanyak 90.2 peratus dengan pengeluaran hasil akuakultur sebanyak 3,100 metrik tan setahun dengan nilai RM26.7 juta manakala hasil tangkapan laut sebanyak 1,480.196 metrik tan setahun membabitkan nilai RM37.1 juta.

“Bagi sektor penternakan pula, pengeluaran telur ayam mencatatkan hasil pengeluaran tertinggi apabila menghasilkan 3,338,980 biji dengan nilai RM1,169 juta manakala bagi daging ayam merekodkan pengeluaran 96,0000 metrik tan dengan nilai RM768 juta dan untuk kedua-dua hasil pengeluaran ini ia merekodkan kadar SSR melebihi 100 peratus,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Adun Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga menyediakan beberapa insentif dan dan bantuan khusus untuk golongan petani, nelayan dan penternak yang membabitkan nilai RM3.48 juta sepanjang tahun 2023 dan juga bakal melaksanakan projek perintis iaitu projek benih padi membabitkan kawasan seluas 36 hektar membabitkan nilai RM300,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

505
Kongsi :
Previous post (DIKEMASKINI) Panorama Melaka tambah bilangan bas tahun hadapan
Next post Jangan lepaskan anjing peliharaan di kawasan awam – Exco
Ubah saiz-+=