
Keputusan SPM 2022 diumum esok
MELAKA 7 Jun – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan diumum esok.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini memaklumkan, keputusan itu boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.
Namun bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri di tempat mereka mendaftar menduduki peperiksaan.
“Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah seperti dalam talian dan sistem pesanan ringkas,” kata KPM.
Menurut KPM, bagi semakan secara dalam talian, calon boleh menyemak menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my bermula jam 10 pagi esok (8 Jun 2023) sehingga jam 6 petang pada 14 Jun 2023.
Manakala, bagi semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS), calon perlu menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
“Sistem pesanan ringkas ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6 petang pada 14 Jun 2023,” jelasnya.
Untuk rekod, seramai 403,637 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan seluruh negara tahun ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TANJUNG BIDARA: 78 PROGRAM BERSAMA RAKYAT, 140 ADUAN AKAN DISELESAIKAN
TANJUNG BIDARA 13 September - Lebih 78 program melibatkan kesemua portfolio Exco Kerajaan Negeri dirangka sempena Program Wakil Rakyat Untuk...
WRUR JADI SOP, BUDAYA PENTADBIRAN MELAKA MASA DEPAN
TANJUNG BIDARA 13 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) akan terus menjadi sebahagian daripada pendekatan pentadbiran Kerajaan Negeri...
BAYI ASNAF BARU LAHIR TERUS ADA SIMPANAN PENDIDIKAN RM3,000
TANJUNG BIDARA 13 September - Anak-anak daripada keluarga asnaf di Melaka kini mempunyai persediaan awal untuk pendidikan masa depan apabila...
ANAK MELAKA JANGAN HANYA KEJAR A, PERLU SEDIA HADAPI ERA AI – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 13 September - Anak-anak Melaka tidak boleh hanya dipersiapkan untuk mengejar kecemerlangan akademik, sebaliknya perlu dibekalkan keupayaan berfikir,...
KEMISKINAN BUKAN NOKTAH, ANAK ASNAF MAMPU UBAH NASIB – KM
TANJUNG BIDARA 13 September - Kemiskinan bukan noktah kehidupan apabila anak-anak daripada keluarga asnaf terus diberi peluang mendapatkan pendidikan dan...
PELABURAN RM163,690 UNTUK MASA DEPAN ANAK ASNAF MELAKA
TANJUNG BIDARA 13 September - Sebanyak RM163,690 diperuntukkan Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi menyediakan pelbagai bentuk...
