
Kerajaan Malaysia mengutuk keras serangan bom di Istanbul – PM Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 15 November – Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengganas yang menyasarkan orang awam yang tidak bersalah dalam insiden letupan di Istanbul, Turkiye pada Ahad lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh bersama Turkiye dalam usaha untuk membendung sebarang bentuk ancaman terhadap keselamatan negara dan keselamatan awam.
“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan takziah atas insiden letupan yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan di Istiklal Street, Taksim, Istanbul pada 13 Nov.
“Semoga Allah SWT melindungi dan memelihara Republik Turkiye dan rakyatnya dari segala ancaman yang akan menjejaskan keamanan dan kestabilan dalam negara,” kata beliau menerusi catatan di laman Facebook.
Menerusi catatan itu, Ismail Sabri turut berkongsi salinan surat yang diutuskan beliau kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Agensi berita Turkiye, Anadolu Agency (AA) melaporkan enam maut dan 81 cedera dalam insiden itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...

